Saturday, March 21, 2009

Ayat Seribu Dinar


AYAT SERIBU DINAR


Bacaan ayat :
Maksud ayat :
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkanlaranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya.

Hikmah Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumahjirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang ygbersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahalanabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W.bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…

Saturday, March 7, 2009

ISNIN 12 RABIULAWAL HARI YANG PENUH MAKNA

"BUKANLAH Muhammad itu bapa daripada seorang lelaki di antara kamu, tetapi dia Rasul Allah dan penutup nabi-nabi. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (al-Ahzab:40)Nabi Muhammad s.a.w memimpin manusia ke arah kebenaran dan kejayaan, melenyapkan kegelapan, kekufuran dan kejahilan.

Baginda dirujuk sebagai Rasulullah s.a.w. Namanya turut ditulis sebagai Mohammed dan Muhammed, bermakna "orang yang dipuji" dan ada dinyatakan empat kali dalam al-Quran. Selain itu, dengan nama Ahmad (bermakna terpuji), seperti dijelaskan pada ayat 6, surah as-Saaf, maksudnya: "...Dan memberikan berita gembira dengan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama Ahmad..."Al-Quran juga memberikan penghargaan terhadap baginda dengan gelaran, Nabi, Rasul, hamba Tuhan, penyampai berita baik, pemberi amaran, pengingat dan saksi. Beberapa perkataan lain turut digunakan bagi diri Nabi Muhammad s.a.w seperti al-Aqibah (kesudahan; kerana tiada nabi selepasnya), al-Hasyir (menghimpun; kerana manusia dihimpunkan atas agama yang dibawanya) dan Khatamun Nabiyyin (penamat semua nabi).Malah, baginda turut dirujuk dengan sesuatu hal seperti orang yang berselimut sebagaimana yang dinyatakan ayat 1 surah al-Muzzammil bermaksud: "Wahai orang yang berselimut!

"Nabi Muhammad s.a.w diputerakan pada Isnin, 12 Rabiul Awal Tahun Gajah, daripada keturunan mulia lagi berkedudukan dalam masyarakat Arab dan diperakui sebagai insan terbaik di kalangan anak Adam.Ahli sejarah terkenal Ibnu Ishak dilaporkan, menyatakan baginda diputerakan pada Isnin, 12 Rabiul Awal, Tahun Gajah bersamaan 20 April 571 Masihi. Sheikh Yusuf al-Qaradawi berkata, tarikh tepat keputeraan baginda ialah pada Isnin, 9 Rabiul Awal (20 atau 22 April 571), iaitu tahun yang sama tentera bergajah menyerang Kaabah. Ketika masih dalam kandungan, baginda menjadi yatim, kerana ayahandanya Abdullah bin Abdul Muttalib, seorang saudagar meninggal dunia dalam perjalanan dari Syria ke Makkah ketika baginda dalam kandungan ibunya berusia enam bulan.Pada usia enam tahun baginda menjadi yatim piatu, kerana ibunya Aminah meninggal dunia di Abwa, lalu tinggal bersama datuknya, Abdul Mutalib.Selepas datuknya meninggal, baginda tinggal dengan bapa saudaranya, Abu Talib.

Ketika usianya 12 tahun, baginda mengikuti Abu Talib membawa barang perniagaan ke Syam (Syria), tetapi sebelum sampai ke tempat itu, iaitu di Bushra, kabilah yang disertai baginda bertemu pendeta Nasrani, bernama Buhaira.Pendeta itu mendapati ada tanda kenabian pada diri baginda, lalu dia menasihatkan Abu Talib membawa baginda pulang ke Makkah, kerana bimbang terserempak orang Yahudi yang mahu membuat aniaya.Baginda berkahwin pada usia 25 tahun, menerima wahyu yang pertama dari Tuhan pada usianya 40 tahun untuk mengalas tugas sebagai utusan Allah.Baginda berdakwah di Makkah selama 13 tahun dan di Madinah 10 tahun.Selepas kira-kira 23 tahun menjadi utusan Tuhan, Nabi s.a.w jatuh sakit dan wafat. Pada waktu itu, hampir keseluruhan penduduk Semenanjung Arab menjadi Muslim dan semua suku kaum bersatu di bawah satu nama iaitu Islam.

Baginda wafat pada Isnin 12 Rabiul Awal tahun kesebelas Hijrah bersamaan 8 Jun 632 Masihi, pada usianya 63 tahun.Menurut Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w dilahirkan pada Isnin, baginda dilantik menjadi nabi pada Isnin, baginda berhijrah dari Makkah ke Madinah juga pada Isnin dan baginda wafat juga pada Isnin.Baginda terkenal sebagai pemimpin negara, ahli perniagaan, ahli falsafah, pemidato, penggubal undang-undang, tokoh pembaharuan dan jeneral tentera yang berkaliber.Nabi s.a.w juga rahmat kepada manusia dan seisi alam. "Kami tidak mengutuskan engkau (Muhammad) kecuali menjadi rahmat bagi semesta alam." (al-Anbiya: 107)Hadis riwayat Ahmad ada menerangkan kelebihan diri baginda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah menjadikan makhluk, maka Allah menjadikan aku sebaik-baik makhluk-Nya, Dia menjadikan beberapa kabilah, maka menjadikan aku dalam sebaik-baik kabilah.

"Sarjana bukan Islam, Gottfried Leibniz (meninggal 1716), yang pakar dalam matematik, metafizik dan falsafah, memuji Muhammad kerana "baginda tidak menyimpang daripada agama asal."William Montgomery Watt, Prof Emeritus dalam Pengajian Arab dan Islam di Universiti Edinburgh, pernah menyatakan agama bagi (Nabi) Muhammad bukanlah perkara individu, tetapi lebih dari itu. Menurutnya, baginda menyentuh bukan saja aspek agama dan intelektual, malah bidang ekonomi, sosial dan politik.

Oleh itu, umat Islam wajar menyanjungi Nabi Muhammad s.a.w dan meraikan sambutan maulidur rasul bagi mengingati keputeraan baginda.

PERNAHKAH ANDA MENANGIS? - TAZKIRAH REMAJA

Makna air mata insan

PERNAHKAH anda menangis?Jika menangis, apakah punca dan sebabnya?

Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri. Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan. Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.

Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:
Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
Menangis kerana rasa takut.
Menangis kerana cinta.
Menangis kerana gembira.
Menangis kerana menghadapi penderitaan.
Menangis kerana terlalu sedih.
Menangis kerana terasa hina dan lemah.
Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
Menangis orang munafik - pura-pura menangis.


Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.” Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka. Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:
Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat.
Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.


Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud: “Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.

Apabila dahinya berpeluh.
Air matanya berlinang.
Hidungnya keluar cecair.


Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t. Justeru, serulah air mata itu dari persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.

12 RABIUL AWAL(ISNIN 9-03-09) KELAHIRAN BAGINDA

Kasih terhadap Baginda

TANGGAL 12 Rabiul Awal setiap tahun umat Islam menyambut kehadiran tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, melalui pelbagai acara, antaranya perarakan besar-besaran, ceramah agama dan jamuan.

TANGGAL 12 Rabiul Awal setiap tahun umat Islam menyambut kehadiran tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, melalui pelbagai acara, antaranya perarakan besar-besaran, ceramah agama dan jamuan.Ada juga majlis marhaban dan qasidah yang dialunkan dengan suara merdu dan penuh bersemangat, berdasarkan kitab Berzanji dan Burdah al-Bushairi. Semuanya demi menggambarkan kasih terhadap Baginda.

Saban tahun, kemunculan 12 Rabiul Awal turut mengundang polemik antara keharusan dan bidaahnya menyambut maulidul rasul.Satu pihak mendakwa ia bidaah kerana tidak pernah dilakukan Nabi s.a.w, sahabat dan golongan salafussoleh. Malah, jika ditinjau dari Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad, tidak pernah menganjurkan sambutan maulidul rasul ini. Tetapi, adakah mereka tidak mencintai Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana generasi sesudah mereka yang menganjurkan sambutan maulidul rasul? Satu pihak lagi yang menyokong sambutan ini menganggap bidaah yang baik (hasanah) dan hanya bertujuan untuk mengagungkan Rasulullah s.a.w dan mencerminkan kasih sayang kepada Baginda. Bahkan, menurut mereka tiada larangan muktamad daripada Allah dan Rasul-Nya ke atas sambutan maulidul rasul ini.Apa pun, kita tidak ingin menyambung polemik tanpa penghujung ini. Cuma yang ingin dibincangkan ialah tatacara untuk membuktikan kasih sayang dan pengagungan terhadap Nabi s.a.w.

Mencintai Nabi Muhammad s.a.w itu adalah satu prinsip agama yang sangat penting. Seseorang tidak dianggap beriman sehingga dia benar-benar mencintai Nabi melebihi dirinya sendiri, kaum kerabat dan harta-bendanya."Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya)..." (Surah al-Taubah: 24)Rasulullah s.a.w berhak meraih cinta itu kerana Baginda makhluk paling mulia di sisi Allah, memiliki akhlak yang luhur, mengasihi umatnya, memberi petunjuk dan menyelamatkan umatnya dari neraka, malah menjadi rahmat kepada seluruh alam. Orang yang benar-benar mencintai Rasulullah s.a.w memiliki ciri tertentu.

Berikut adalah tanda yang membuktikan perasaan cinta kita kepada Rasulullah s.a.w:

Mentauhidkan Allah - Hikmah utama diutusnya rasul termasuk Nabi Muhammad s.a.w adalah untuk menyeru manusia kembali kepada tauhid yang murni dan menentang syirik. "Dan sesungguhnya Kami telah mengutus di kalangan tiap-tiap umat seorang rasul (agar menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhi Taghut." (Surah al-Nahl: 36)Maksud mentauhidkan Allah ialah beribadat hanya kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu.

Mempelajari al-Quran, memahaminya, mengamalnya dan menyebarkan ajarannya - Mukjizat yang paling utama bagi Rasulullah s.a.w ialah al-Quran al-Karim, iaitu aset utama baginya dalam menyebarkan Islam. Ibnu Mas'ud berkata: "Janganlah seseorang menanyakan untuk dirinya, kecuali al-Quran. Apabila dia mencintai al-Quran, maka dia mencintai Allah dan Rasul-Nya." (Huquq al-Nabi)

Mentaati sunnah Nabi s.a.w - Satu lagi tanda yang jelas menggambarkan perasaan sayang kita kepada Nabi s.a.w ialah dengan mengerjakan sunnahnya, mengikuti perkataan dan perbuatannya, menjalankan perintahnya dan menghindari larangannya. Ini kerana Allah memberi jaminan yang Baginda adalah insan terbaik untuk dijadikan contoh ikutan bagi umat manusia."Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik bagi kamu..." (Surah al-Ahzab: 21)

Menyebarkan sunnah Nabi s.a.w - Sabda Baginda s.a.w, maksudnya: "Kamu semua hendaklah sampaikan apa yang diambil daripadaku walau satu ayat." (Hadis riwayat al-Bukhari)
Sentiasa memuji dan mengingatinya - Sekiranya kita mencintai Nabi Muhammad s.a.w, seharusnya baginda sentiasa berada di hati kita.Kita juga sepatutnya memuji Nabi s.a.w dengan pujian yang selayak baginya. Pujian yang paling utama adalah dengan berselawat kepadanya dengan selawat yang terdapat dalam hadis yang sabit daripada Baginda.


Mencintai mereka yang dicintai oleh Nabi s.a.w - "Janganlah kamu semua mencaci salah seorang sahabatku. Ini kerana, sekiranya salah seorang di kalangan kamu menafkahkan emas sebesar gunung Uhud, semua itu tidak mampu menyamai satu mud (yang diinfakkan) salah seorang antara mereka malah tidak mencapai separuh." (Hadis riwayat Muslim)
Benci orang dibenci Nabi s.a.w - Hendaklah kita membenci dan menjauhkan diri dari mereka yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya seperti golongan yang kufur kepada agama Allah dan mereka yang bergelumang dengan perbuatan bertentangan syarak.
Membela Nabi s.a.w dari serangan golongan munafik - "Sesiapa yang membela kami dari gangguan orang-orang musyrik dia akan mendapat balasan syurga atau menjadi temanku di syurga." (Hadis riwayat Muslim)