Saturday, February 28, 2009

PETUA NAK CANTIK N CUN MELECUN

KECANTIKAN WANITA

Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bagikanlah makanan dengan mereka yang kelaparan. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.

Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.
Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain. Perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya. Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia. Karena di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

UNTUKMU YANG BERGELAR WANITA

"Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita
Cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.

"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

"Kejelitaan wanita umpama sebilah mata pedang yg mampu memenggal leher seorang lelaki.

"Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada."

KEHEBATAN WANITA

Kata pujangga
perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan

Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak ingin dibelai, minta dimanjakan adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahunya.
Namun, merekalah insan yang terhampir teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini. Bahagia dan derita kita ….. sangat berkait dengan mereka.

Friday, February 27, 2009

LUV U ISLAM

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."
(Imam Nawawi)


"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."

TUJUH PETANDA KEBAHAGIAAN HIDUP

Dari Ibnu Abbas ra, ada 7 petanda kebahagiaan dunia iaitu :

1- Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur
2- Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh
3- Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh
4- Albiatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita
5- Al malul halal, atau harta yang halal
6-Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama
7- Umur yang barakah - ertinya […]

Wednesday, December 3, 2008

TUDUNG SYRIA

Dapatkan tudung syria design baru
Hanya RM 25.00(Tidak termasuk kos penghantaran)
KOS PENGHANTARAN RM6.00
SABAH N SARAWAK tambahan RM4.00

TEMPAH SEKARANG!!!!!

Call or sms 012-9491124(wanie) - Pembayaran hanya melalui akaun maybank(bank-in)

Nama : Nurhazwani Bt Ahmad
No Akaun Maybank : 156011932361

Selepas bayaran dibuat, sila sms kepada kami
1-Jumlah transaksi
2-Tarikh transaksi
3-Nama penuh anda
4-Alamat
5-Num telefon
6-Senarai pesanan

Monday, July 14, 2008

Sayangi & Hormatilah Ibu Bapa

Tazkirah Remaja: Hormati ibu bapa, mentua
JIKA Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat tetapi apa caranya jika orang tua sudah meninggal dunia sedangkan ketika hidupnya kita menderhaka dan melawan mereka?Apabila insaf, selalulah menziarahi pusara ibu bapa dan bacakan ayat suci untuknya. Jumpa kembali kawan baik ibu bapa atau jiran yang masih ada dan berbuat baik kepada mereka.
Sedekahkan kepada masjid atas nama ibu bapa. Walaupun ibu bapa sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga mereka berdua reda dan Allah mengampunkan dosa.Allah Maha Pengampun dan luas rahmat-Nya tetapi jangan pula mengambil kesempatan untuk berbuat jahat, kemudian baru hendak bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala akan diterima.
Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Contohnya, tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, tetapi cuba selidiki kesalahan yang kita lakukan hari ini.Pertama, bagaimana hubungan kita dengan Tuhan? Jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan kita dengan ibu bapa? Seboleh-bolehnya pastikan hubungan kita dengan ibu bapa sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalin hubungan baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.Lazimnya dalam hubungan ini, ibu yang dilebihkan se dangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak.
Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, Nabi s.a.w meminta ibu didahulukan. Tiga kali ibu memanggil, barulah sekali kepada bapa.Bagaimanapun, sebaik-baiknya kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati.Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka.Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita.
Walaupun Allah tidak mengambil kira kata-kata mereka, kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.Mentua juga mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Jika mereka berkecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati ibu bapa kita. Kita sayang anaknya, jadi mengapa tidak turut menyayangi orang yang melahirkannya?Saya tahu, ada menantu berkecil hati dan memendam rasa terhadap mentua yang terlalu mengambil berat terhadap anaknya.
Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung.Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua kepada Rasul dan ketiga kepada ibu dan ibu mentua manakala keempat bapa dan bapa mentua. Kelima barulah isteri. Jadi, isteri kena faham jika suami sayang dan melebihkan ibu bapa, kerana itu memang wajar.Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua Rasul dan ketiga suami.
Jalan pintas ke syurga bagi anak selain Allah ialah ibu bapanya.Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail a.s.Suatu hari Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah. Isterinya pun tidak mengenali mentuanya.Menantunya berkasar, menyebabkan Nabi Ibrahim berkecil hati tetapi sebelum pulang Nabi Ibrahim berpesan kepada menantunya itu, meminta suaminya menukar alang rumah kepada yang baru.Apabila Nabi Ismail pulang ke rumah, isterinya meng gambarkan rupa lelaki berkenaan yang menyampaikan pe sanan. Nabi Ismail sedar, itu adalah bapanya.Nabi Ismail insaf di sebalik simbolik kata-kata bapanya bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan.
Kemudian Nabi Ismail berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Baginda.Nabi Ibrahim tertarik dan sebelum pulang, baginda ber pesan lagi, dengan mengatakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.